Header Ads

'Tolong Ingatkan Keluarga Yang Pergi Haji' - Pramugari Kongsi Pengalaman Bawa Jemaah Haji Ke Mekah




Pramugari, Tun Deyla, berkongsi pengalamannya menguruskan para jemaah yang pergi menunaikan rukun Islam kelima, Haji (ziarah) di Mekah. Bagi yang belum pernah pergi namun, ada ahli keluarga yang bakal menunaikan haji, bacalah beberapa perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika berada dalam pesawat seperti yang dikongsikan oleh Tun Deyla. Semoga bermanfaat.

INI ADALAH THREAD PENGALAMAN AKU sepanjang bekerja bawa pax pergi dan balik dari Haji. Tolong ingatkan keluarga yang pergi. Semoga Allah permudahkan.

Cuaca di Saudi sekarang 40-50 deg, panas. Kepada yang sakit dan kurang sihat sebelum berlepas ke tanah suci, tolong bawa ubat anda. Jangan lupa.

Aircraft sangat-sangat sejuk, pakai abaya/jubah saja tak cukup untuk perjalanan yang melebihi 9 jam. Sila bawa sweater atau jaket sendiri, please. Jangan hanya bergantung pada selimut kapal. Selimut kapal bukannya tebal mana pun.

Kalau mak ayah sakit teruk atau duduk di kerusi roda, please let the crew know. Remind diorang, so diorang boleh letak mak ayah di kabin depan sekali.

Biasanya kapal chartered memang tak ada seat ikut nombor. GS akan beri tempat duduk secara random, biasa kami kru akan suruh penuhkan bahagian belakang dulu. Jadi, jangan marah kawan-kawan saya. Ikut saja sebab destinasi kita sama ke Madinah/Jeddah. Jangan risau kalau tak dapat duduk dengan suami anak ke, inshaAllah sampai ke destinasi bersama-sama.

Sebab ada kes pax maki hamun hanya kerana tidak dapat duduk bersama keluarganya. Kami akan cakap baik-baik dua tiga kali, kalau tak makan juga, dipersilakan keluarga, okey?

Kepada mak ayah yang ada asma, pastikan bawa inhaler. Kami tak boleh beri oksigen botol sesuka hati. Kalau tak teruk, kami suggest inhaler sahaja. Ini sebab oksigen di atas kapal adalah terhad. Boleh beri 1-2 botol, itupun tak boleh habiskan satu botol. Yang lain untuk kecemasan sahaja. Kalau tak, keraslah semua.

Kalau sakit yang teramat, tolong maklumkan kepada kru agak boleh diletak di kabin hadapan untuk dipantau. Sebab I pernah angkat pax lelaki pengsan di zon belakang. Berat dia, masyaAllah. Sudahlah ramai kru perempuan pada masa itu. Menangislah tarik dia guna selimut. Alhamdulillah pakcik itu selamat.

Kalau boleh, bawa losyen atas kapal sebab keadaan kapal dan cuaca di sana sangat kering sehingga boleh menyebabkan kulit menggelupas.

Pax Malaysia jangan demand, kapal Tabung Haji ada chartered dari Saudia/MAS/ Tak ada kacang disediakan dan kalau dapat kapal aku operate dulu no entertainment.

Jadi, bawalah Al-Quran ke, tasbih ke atas kapal dan banyakkan zikir dan selawat. Kalau nak air, beritahu kru cepat-cepat, kami bagi percuma sahaja.

Ada juga datuk nenek yang tak reti menggunakan toilet aircraft. Make sure korang yang pernah naik kapal, ajar mereka gunakan. Kami tak mampu nak ajar semua. Ada yang keluar dari toilet dengan busuk tahi selepas berak. Tercirit satu hal pula. Kitorang nak monitor nak mengajar depan toilet pun tak mampu.

Lagi satu, pesan pada mereka bawa spray untuk ambil air sembahyang atau tayamum sahaja. Dan boleh saja solat atas kerusi. Allah faham, yang penting niat. Sebab ada pax yang solat di lorong utama, tepi pintu. "Tok, kitorang nak lalu tok,". Kang pergi tolak, dosa pula terganggu nak khusyuk.

Lagipun sangat bahawa. Kalau berlaku unxpectected turbulance, nanti datuk nenek awak melekat atas siling kapal pula. Lagi bahaya yang solat di tepi pintu. Pintu adalah lokasi yang sensitif dalam kapal. Ia ibarat nyawa cabin crew. Jangan nak memandai pergi ke area itu.

Biasanya pax selalu runsing bila masuk waktu solat. Jangan risau, captain akan announce bila sudah masuk waktu. Kalau boleh, jamak saja, okey?

Lepas itu, kalau boleh jangan tanya sekarang berada di negara mana. Tiada perkhidmatan waze di atas tu, susah nak detect. Nak tanya captain, dia malas layan.

Selalunya akan ada doktor dan jururawat Tabung Haji atas kapal. Kalau sakit, rasa nak pengsan ke, pitam ke, cepat maklumkan kepada kami dan kami akan panggil doktor datang untuk periksa.

Makanan aircraft frozen dan kurang sedap. Kalau boleh sediakan roti dalam beg dan bawa masuk ke kapal. Jadi adalah kudapan jika tak lalu makan makanan aircraft.

Jangan berlapar, crew tak boleh bagi ubat sesuka hati kalau korang gastrik atas kapal. Jadi dinasihatkan makan sahaja apa yang terhidang untuk alas perut.

Dan sila bersopan santun dan hormat kerja kami sebagai anak kapal. Tak senang ye nak jaga 400 orang dalam kapal. Ada sikit timbang rasa pun dah memadai.

Minum air yang sangat banyak. Minum air zamzam. Mostly ramai pax Malaysia yang demam, batuk, flu bila balik dari raya haji. Kalau batuk, sila pakai topeng muka. Sebab biasanya 90% jemaah yang balik dari haji akan sakit atau batuk teruk dalam kapal. Dengan crew-crew pun sakit. Jadi, jagalah kesihatan, okey.

Kepada jemaah yang kencing manis dan perlu membawa insulin, crew diharamkan untuk simpan insulan dalam peti ais kapal. Jadi bawalah bekas dan ais kering sendiri.

Pax dibenarkan untuk membawa maksimum dua kilogram ais kering untuk masuk ke kabin. Jadi tak perlu risau sebab kami faham dry ice diperlukan untuk letak insulin.

Jangan expect kapal ada seat kosong ye. Confirm fully loaded. kami utamakan jemaah yang sakit teruk, wheelchair untuk duduk di cabin hadapan. Jangan pula menyangka kami memilih kasih. Crew adalah orang yang paling arif atas kapal. Kalau korang menipu, kami tahu.

Hajj season crew tak risau pax bawa banyak beg sebab biasanya akan ada beg disediakan oleh Tabung Haji. Jika perlukan bantuan, minta tolong dengan cara yang baik.

Minta tolong baik-baik, pasti kitorang akan tolong/minta tolong lelaki sekeliling kami untuk assist anda letak beg atas compartment. Jangan viralkan kitorang pula. Sebab hajj season is season yang sangat hectic buat crew. Everday flight is no problem for us but still kitorang akan grumpy sebab penat dan tak cukup rehat.

Sumber: Tun Deyla via The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.