Header Ads

VIDEO: Acah-Acah Bagi Makanan Akhirnya Lelaki Ini Dibaham Beruang..




SEORANG lelaki yang ‘bermain’ dengan beruang dibaham haiwan itu selepas menarik mangsa ke dalam kandangnya ketika dia menghulurkan mangkuk nasi menggunakan tali kepada beruang terbabit di wilayah Phetchabun, Thailand, semalam.

Menurut The Mirror, kejadian berlaku ketika mangsa, Naiphum Promratee, 36, bersama empat rakannya melawat kuil di wilayah berkenaan.

Tindakannya mengacah makanan kepada beruang itu menyebabkan haiwan berkenaan marah lalu berdiri memegang dinding dan menarik kaki Naiphum menyebabkan mangsa jatuh ke dalam kandang.

Naiphum yang pengsan dibaham beruang berkenaan dan rakan-rakannya menjolok beruang itu dengan kayu serta mencurah air namun gagal menghalau haiwan berkenaan daripada terus menggigit dan mencakar mangsa.


Beruang mengheret mangsa ke dalam sangkarnya sebelum berjaya diselamatkan.

Haiwan itu kemudian mengheret mangsa ke dalam sangkarnya dan satu kumpulan berjaya memisahkan beruang berkenaan daripada Naiphum membolehkan dia diseret keluar.

Sehari sebelum kejadian, ketua sami Kuil Luang Phor Lamai itu menyatakan haiwan di kuil berkenaan kelaparan kerana tidak diberi makanan secukupnya akibat kekurangan dana.

Mangsa dikejarkan ke hospital oleh pasukan perubatan yang tiba kira-kira 11 pagi dan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Kuil itu mempunyai kira-kira 24 babi hutan di padang berhampiran serta seekor beruang dalam kandang dan membenarkan orang ramai memberi haiwan itu makan.


Sumber: Berita Harian



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.