Header Ads

[VIDEO & GAMBAR] Neelofa Naik Penerbangan Mewah RM40k Ke LA.



Nama Neelofa bukan lah asing dalan dunia perniagaan dan keusahawanan di Malaysia. Walaupun kisahnya dengan Fattah Amin masih menjadi bualan tetapi dia tetap terus gigih melebarkan sayapnya ke persada dunia. Neelofa telah mendapat jemputan menghadiri persidangan belia Youth Assembly At United Nation anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Namun apa yang menjadi perhatian netizen ialah video dimuat naik dalam laman IG nya. Perjalanannya ke Los Angeles dengan menaiki syarikat penerbangan terkenal dan mewah mencuri perhatian netizen. Untuk pengetahuan semua, Emirates mula menempah nama di dunia sebagai syarikat penerbangan mewah.


Jika dilihat pada video tersebut, Neelofa memilih tempat duduuk First Class bagi perjalanannya ke LA yang mengambil masa selama 23 jam dengan transit lebih kurang 10 jam di Dubai.

Fasiliti yang disediakan bukan biasa-biasa. Tempat duduk mewah ini menyediakan kamar mandi yang sempurna dengan tempat persalinan, meja bersiap dan bar mini. Bahkan, penumpang tidak akan rasa kebosanan kerana tersedia hiburan multimedia tanpa henti. Hidangan makanannya juga terbaik setiap kali tiba waktu makan.

Selain dilayani dengan pramugari cantik, penumpang juga akan dilayan dengan lounge khusus penuh makanan dan minuman yang mewah. Selain itu, tempat duduk yang empuk dan nyaman serta dilengkapi dengan layanan hiburan mewah. Pintunya juga boleh tutup secara automatik. Hebat bukan?

Kos Keseluruhan Tambang Ke LA


Menurut laman web Emirates, harga tiket penerbangan ke LA untuk pergi balik berharga RM39,141.00. Sebagai seorang usahawan yang berjaya, tak mustahil bagi Neelofa untuk membelanjakan wang sebesar ini bagi memastikan perjalanannya selama berjam-jam dijamin selesa.

Walau apapun, semoga Neelofa terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya kerana Neelofa kini telah menjadi ikon kepada anak muda yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan.

Jom lihat fasiliti yang disediakan oleh Syarikat penerbangan mewah ini sekiranya memilih tempat duduk kelas pertama.






Sumber: Hangat.com



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.