Header Ads

27 Hakikat Hidup Anak Tahfiz Yang Ramai Tak Tahu, No. 11 Paling Pilu



Bukan sekali ini, tragedi kebakaran yang melibatkan anak-anak tahfiz. Sebelum ini, tragedi di Pondok Pak Ya sama pilunya sebagaimana yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Lalu bermacamlah cerita yang disampaikan baik secara sahih mahupun sekadar pandangan. Ada yang tepat, tak kurang juga yang menambah pilu di hati pihak yang terlibat.

Biar apa pun pandangan, anak-anak tahfiz di pusat mahupun madrasah yang lain perlu meneruskan rutin mereka seperti biasa. Di sebalik, kehidupan mereka ada hakikat yang kita takkan faham. Moga catatan ringkas namun menusuk ke dalam jiwa daripada Ustaz Syukri Fairuz membolehkan anda sedar bukan mudah tugas anak-anak ini. Moga anda juga boleh berlapang dada dan bersangka baik dengan apa juga yang Allah tentukan dalam kehidupan kita ini.

Tahfiz Hidupmu Dalam Tangisan

1. Hidup dalam airmata.

2. Kecil-kecil lagi sudah terpisah dengan kasih ibu bapa.

3. Di madrasah juga selalu dirotan dipalu oleh guru setiap kali hafaz lupa juga menjadi bahan rotan guru.

4. Makan disukat dan terhad ..pendek kata semuanya yang sedap ditekak tak boleh makan.

5. Orang lain berbaju biasa.. anak Tahfiz ke sana ke mari memakai jubah serban.

6. Balik kampung kena kutuk…kena jadi kambing hitam diejek-ejek sebab ketinggalan zaman.

7. Tiada game, TV, astro, pasaraya dan wayang… pun rasa sedih …

8. Kena buli itu biasa di tahfiz.

9. Kena belasah. Kena curi barang-barang juga biasa.

10. Tapi bila imam dia no. 1 dalam kampung.

11. Sebaris dengan orang-orang purba yang dah uzur di surau tempatan.

12. Dia jadi guru kepada orang-orang tua di kampungnya.

13. Dah khatam Al Quran sibuk mengaji Arab…dan a’limm…

14. Pengabdian seumur hidup di dalam Tahfiz…juga dalam airmata.

15. Tangisan demi tangisan dalam menghadapi ujian hidup…sebagai seorang Tahfiz.

16. Bila dewasa sudah matang perwatakan dihantar ke Medan perang…yang asing…

17. Buka madrasah di tempat asing…

18. Terus menangis menerima tomahan, tuduhan, cemuhan dan fitnah sebab Tahfiz punya pasal di kalangan masyarakat.

19. Yang lelaki difitnah oleh wanita… jika Tahfiz wanita pula difitnah oleh lelaki asing.

20. Kehidupan Tahfiz tak pernah bising ia terus sunyi dalam jiwa mereka… yang lain dari org lain.

21. Dituduh bermazhab asing dengan orang kampung yang khianat.

22. Dana disekat.

23. Kehidupan terus dengan airmata.

24. Gaji tidak diberi untuk jalankan Tahfiz.. anak-anak mereka terus menangis kelaparan.

25. Tiada suara yang boleh diungkap dengan kata-kata yang bujang ramai yang terlajak… bukan sebab cacat tapi kezaliman dunia terhadap mereka.

26. Walaupun jasadnya tidak rentung dalam kebakaran tapi haqiqatnya namanya dan kehidupan mereka Tahfiz juga sudah lama terbakar.

27. Al Quran sudah lama ditinggalkan… Tahfiz menjadi medan asing di bumi Islam sendiri.

Tahfiz jerit perihmu tidak boleh dijual beli.

Coretan hati sebagai seorang Tahfiz.

Sumber/Foto: FB Syukri Fairuz via Mingguan Wanita



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.