Header Ads

Aliff Syukri Tuduh Juri Tak Reti Pilih! Ini Respon Paling ‘Win’ Ramli MS dan Michael Ang




Semalam (10/9) dapat disaksikan seramai 12 daripada 24 peserta diumumkan sebagai peserta program realiti Akademi Fantasia (AF) Megastar.

Mereka yang akan berentap pada konsert seterusnya ialah Syamel, Indah Ruhaila, Bob, Idayu, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufie, Ewal dan Azhar.

Namun 12 nama peserta yang tidak diumumkan seperti Rosma, Anding, Adam, Amylea, Nubhan, Aril, Ara termasuk lima bekas juara AF iaitu Zahid, Faizal, Milla Jirin, Faizul dan Firman.


AF Megastar pada malam semalam dikatakan ‘Trending Worldwide’ dan menyebabkan rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan penyingkiran bekas juara AF musim ke-5 Mila Jirin. Kekecewaan ini turut diluahkan oleh penaja program tersebut, Dato’ Aliff Syukri yang mendakwa juri tidak pandai memilih peserta untuk mara ke peringkat seterusnya.

Tuduhan melulu Aliff pada Ramli MS menyebabkan bekas pengetua AF musim ke-2 ini menjawab dengan penuh bergaya.

Respon yang boleh dianggap paling ‘Win’ ini seolah-olah memberi satu tamparan kepada Aliff kerana sebenarnya jutawan kosmetik ini mempunyai kuasa untuk memasukkan sesiapa sahaja peserta yang dia inginkan. Ini kerana Aliff merupakan salah satu penaja utama untuk program realiti tersebut.

Silap besar lah Aliff ingin mempersoalkan kredibiliti seorang yang berpengalaman dalam menjalankan tugas menjadi juri. Betul tak?

Selain Ramli MS, semua peserta diadili menerusi kuasa juri profesional sepenuhnya yang terdiri daripada juri tetap iaitu Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Ziana Zain.

Sumber: Hangat.com



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.