Header Ads

Durian Musang King Antara Sajian Pencuci Mulut Dalam Majlis Makan Malam Bersama PM Najib Razak Di Washington..




WASHINGTON DC: Durian Musang King menjadi antara sajian pencuci mulut dalam majlis makan malam rakyat Malaysia bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi lapor Bharian.

Ia dihidangkan selepas selesai majlis makan dan acara penyampaian hadiah peraduan mencipta logo sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia-Amerika Syarikat (AS).

Jamuan diadakan di Kedutaan Besar Malaysia di sini yang dihoskan Duta Besar, Tan Sri Zulhasnan Rafique dan isteri, Puan Sri Siti Nooriah Anna Razak.


Sejurus dihidangkan, jemputan yang terdiri daripada pelajar dan rakyat Malaysia di AS menyerbu durian yang dihantar khas dari Malaysia itu.

Menurut Zulhasnan, hidangan berkenaan khusus untuk membolehkan rakyat Malaysia menikmati raja buah itu.


Sebanyak 30 kotak durian segar dibawa khas hasil tajaan beberapa pihak, termasuk Persatuan Malaysia-Amerika di New York, selain oleh Raymond Yong dan Danny Lye yang menaja durian sejuk beku serta kuih bulan.

Sementara itu, lagu patriotik 'Aku Negaraku' berkumandang apabila dinyanyikan beramai-ramai oleh hadirin bersama Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain Negaraku ketika acara bermula, lagu itu dinyanyikan sempena sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos lalu dan Hari Malaysia 16 September ini.


Rakyat Malaysia dan pelajar juga mengambil kesempatan bermesra merakam foto bersama Perdana Menteri dan isteri.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.