Header Ads

Neelofa Jumpa Bintang ‘Victoria’s Secret’ Dapat Pujian..Tetapi Gaya Tudungnya Dikritik Hebat…Rupanya Ada Sebab.Patutla Dia Pakai Camtu..



Selepas kembali dari Amerika Syarikat, usahawan muda, Neelofa telah menghadiri minggu fesyen istimewa Swarovski di kota fesyen, Milan. Sejak akhir-akhir ini dia sering memuatnaik gambar aktivitinya di Milan dengan menghadiri berbagai-bagai acara anjuran Swarovski.


Jika sebelum ini dia menunjukkan ada menerima sekeping nota dari seseorang yang sangat istimewa iaitu Karlie Kloss, namun kali ini dia berpeluang berjumpa berdepan dengan model antarabangsa terkenal ini. Mereka terlihat sempat bergambar bersama dan Neelofa sendiri telah memuatnaik video itu di Instagramnya.

Apa yang menarik, ramai netizen yang memuji penampilan Neelofa yang begitu Stunning dengan gaun merah denga berhijab ala-ala turban. Rata-rata netizen anggap pencapaian Neelofa ini cukup membanggakan dan mengharumkan nama Malaysia. Imej bertudung yang dibawa oleh Neelofa ketika berada di acara besar ini turut dikagumi ramai wanita-wanita muslim di Malaysia.


Cara Bertudung Jadi Persoalan

Namun apa yang menjadi persoalan, ramai pula yang mempertikaikan cara Neelofa menggayakan pemakaian tudungnya. Ada netizen yang mendakwa, gaya pemakaian muslimah Neelofa makin hilang. Mungkin gaya tudungnya kali ini menampakkan sedikit bahagian telinga dan agak terdedah.


Dakwaan tersebut telah dibidas oleh salah seorang netizen yang menegaskan bahawa Neelofa mengenakan tudung sebegitu untuk mempamerkan berlian yang dipakai. Sekali lagi, Hangat.com memuji komen ini yang lebih berfikiran terbuka malah mampu melontarkan komen yang positif buat selebriti ini.

Apa-apa pun, syabas buat Neelofa kerana telah buatkan rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian beliau. Untuk pengetahuan semua, tahun ini merupakan tahun kedua kerjasama Neelofa dengan Swarovski.

Sumber: Hangat.com



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.