Header Ads

"Saya Bukan Sengaja..Anak Saya Digigit Lipan", Pemandu BMW Hitam Tampil Membela Diri





Tular baru-baru ini apabila seorang lelaki nyaris maut apabila sebuah kereta BMW hitam secara tiba-tiba memotong dari arah bertentangan dan menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ketika cuba mengelak daripada kereta tersebut.

Sebuah video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Nojahwati Sohaini, 34, memamaparkan insiden yang hampir meragut nyawa adiknya di Kilometer 55, Jalan Kota Tinggi-Kluang.

"Mujur adik Daus MonSterr selamat semalam. Pada kereta berkenaan, awak sangat biadab. Awak buat adik saya seinci dengan kematian," tulisnya di laman Facebook pada Ahad lalu.




Dalam rakaman video berdurasi 1 minit 4 saat itu, kelihatan kereta BMW itu terus memecut laju untuk memotong lori dihadapannya tanpa menghiraukan kereta mangsa yang semakin hampir.

Akibat dari kelakuan pemandu kereta mewah itu, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Kenari terpaksa mengelak daripada dilanggar sebelum terbabas ke laluan bertentangan.




Terbaru, seorang pemilik akaun Facebook (FB) bernama Sahrul Afza Hamzah tampil memberitahu bahawa dirinya adalah pemandu BMW yang memandu secara berbahaya di Kilometer 55, Jalan Kota Tinggi-Kluang, hingga hampir meragut nyawa dua sahabat pada Sabtu lalu.

Pemilik akaun tersebut turut memohon insiden yang tular tersebut dipadam daripada laman sosial berkenaan dan berkata kelakuannya tersebut adalah disebabkan hal kecemasan yang melibatkan anaknya.




“Kepada tuan yang ‘post’ (muat naik) kisah ini (video insiden), saya harap dapat ‘delete’ (padam) secepat mungkin.

“Saya bukan sengaja, saya memang dalam kecemasan kerana anak saya yang berusia lima bulan digigit lipan,” dakwanya.

Sahrul Afza juga meminta pihak berkenaan menghubunginya dan menyertakan nombor akaun kerana ingin bertanggungjawab atas apa yang terjadi.

“Saya mahu tebus kekhilafan saya,” katanya yang memaklumkan anaknya selamat.

Ulasan dibuat Sahrul Afza yang turut mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha itu menerima pelbagai reaksi pengguna FB.

Sumber: Harian Metro via Siakapkeli



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.