Header Ads

(VIDEO) Tragedi Maut Di Puchong Pagi Tadi, Pemandu Lori Larikan Diri




Kemalangan maut di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) awal pagi Rabu menyebabkan kesesakan besar-besaran di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang. 

Dalam kemalangan itu, mangsa seorang penumpang kereta yang dikenal pasti sebagai Lim Ji Qin, 28 tahun, maut apabila bertembung dengan sebuah lori kira-kira 6.40 pagi. 

Bagaimanapun, pemandu kereta itu mengalami kecederaan manakala pemandu lori melarikan diri. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Puchong, yang tiba di tempat kejadian pada 6.51 pagi, mendapati mangsa mati di tempat kejadian. 

Star Media Traffic melaporkan bahawa kemalangan itu menyebabkan kesesakan besar di sekitar Pusat Bandar Puchong-Setiawalk, Kelana Jaya dan Bukit Puchong. 

Trafik juga bergerak perlahan dari Sri Petaling dan Kota Kemuning, dan Lebuhraya Bukit Jalil dari Technology Park Malaysia. 

Setakat pukul 11 pagi, lalu lintas kini hampir kembali normal.



Sumber: KiniTV



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.