Header Ads

'Apa Masalah Perempuan Ini?' - Diva Azwan Ali



"Apa masalah perempuan ini?" demikian soalan Azwan Ali dalam mengulas isu rumah tangga Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa yang hangat menjadi bualan netizen semalam. 

Azwan Ali yang jelas menyokong pihak Hafiz berkata, dia kurang jelas dengan niat Joy Revfa yang membuat sidang media dengan mengheret keluarganya sekali. 

"Tak berabih angkut satu famili? For a suckings PC? Benda celah bedah agak-agak menyalakkk! Saja wonder? Masa mak ko **** dengan bapak ko? Puas tak? #PUII. Melampau-lampau! Bagi betis nak paha? #GOtoH#LLLL" tulis Azwan Ali di laman Instagramnya.


Di ruangan komen, followers tegar Azwan Ali juga turut bersetuju dengan apa yang diluahkan itu di mana mereka sudah muak dan meluat dengan isu rumah tangga pasangan berkenaan yang seperti tiada penghujungnya. Malah ada yang begitu berani meninggalkan komen dengan tag nama Joy Revfa di Instagram.  




Walau bagaimanapun, timbul beberapa persoalan di kalangan netizen di forum, apakah Azwan Ali telah mengutip kembali CD muzik Hafiz yang pernah dibuang dalam tong sampah sebelum ini?

Sementara itu, Joy Revfa melalui Instagramnya, menjelaskan mengapa dia berkata "Hafiz tidak mampu memberikan nafkah batin" sepanjang tempoh beberapa mereka bersama sebelum terjadinya krisis tersebut. 

Seperti biasa, ada yang sokong pihak Joy Revfa, ada yang sokong pihak Hafiz Hamidun. Walau apapun pendapat masing-masing, sama-samalah kita mendoakan mereka menemui jalan penyelesaian yang tidak memudaratkan kedua-dua pihak. 

Sumber: The Reporter



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.