Header Ads

Dikatakan Berlagak Dan Kasar Ketika Temubual Upiak Isil Di Meletop, Neelofa Mohon Maaf.



Sejak beberapa hari lalu, ramai juga yang mempertikaikan cara Neelofa menemu bual penyanyi lagu viral Tak Tun Tuang iaitu Upik Isil di dalam rancangan MeleTOP. Mereka menyifatkan Neelofa kelihatan sedikit berlagak, kasar dan seakan tidak ikhlas untuk melayan Upiak sebagai tetamu rancangan tersebut.


Walaubagaimanapun, Neelofa memberitahu beliau tidak pernah berniat sebegitu dan memohon maaf jika ada yang menganggap beliau ingin merendah-rendahkan Upiak.


Ketika mengacarakan program itu bersama Nabil Ahmad, kami sangat seronok menemubualnya. Kami ketawa kerana dia memang seorang yang kelakar dan spontan.






Cuma, ketika program itu bersiaran, saya dan Nabil tidak faham bahasa yang digunakan kerana loghat penyanyi dari Bukit Tinggi, Padang, itu sangat pekat, hinggakan saya sendiri terpaksa ulang soalan dan apa yang diperkatakannya berkali-kali. Saya cuba memahami apa yang dituturkan olehnya sebaik mungkin sebelum melontarkan soalan seterusnya.

Jika ada yang salah anggap dan nampak diri ini kasar atau bersikap kurang ajar, saya dengan rendah hati memohon maaf.

Kadang-kadang memang kita akan kelihatan agak kekok kerana susah untuk memahami bahasa lain bukan? Mungkin itu yang dialami oleh Neelofa. Apa-apa pun, beliau sudah pun memohon maaf dan harap ia tidak berpanjangan. Bukan mudah sebenarnya hendak menjadi pengacara di program secara langsung.


Sumber: BH Online via https://beautifulnara.com



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.