Header Ads

Kerana Bimbang Ayahnya Tidak Dapat Cuti Pada Hari Ulang Tahunnya, Kanak-kanak Ini Telah Menulis Surat Permohonan Cuti Kepada Google…


Loading...

Kanak-kanak sememangnya golongan yang jujur akan perasaan mereka. Mereka juga penuh dengan kejutan. Ada sahaja perkara yang tidak disangka-sangka dilakukan mereka.

Seorang kanak-kanak perempuan telah menulis surat dengan menggunakan krayon untuk meminta bos di Google supaya memberi ayahnya lebih daripada satu hari cuti dalam seminggu memandangkan hari ulang tahun kelahiran ayahnya bakal tiba. Suratnya walau bagaimanapun telah dibalas oleh pengurus kanan syarikat gergasi tersebut!

Salah satu pereka Google bekerja hampir setiap hari dalam seminggu, dengan hanya satu hari cuti iaitu pada hari Sabtu. Anak perempuannya yang bernama Katie tidak faham mengapa ayahnya seringkali keluar bekerja, terutama semasa musim panas. Bukan itu sahaja, dia juga bimbang jika ayahnya terpaksa bekerja pada hari ulang tahun ayahnya, pada hari Rabu.


Kerana bimbang ayahnya tiada di rumah pada hari ulang tahunnya, dia memutuskan untuk menulis surat kepada Google meminta mereka agar dapat memberikan cuti yang lebih kepada ayahnya.

Dengan menggunakan krayonnya, dia menulis permintaan itu bagi pihak ayahnya.


Dalam suratnya dia meminta agar pihak Google dapat memberikan cuti kepada ayahnya pada hari Rabu kerana ayahnya hanya diberi cuti pada hari Sabtu.


Dia juga turut menurunkan tangdatangan dengan namanya, “Katie,” di mana dia juga menambah: “P.S. Ia adalah hari lahir ayah! “

Tidak cukup dengan itu, dia juga mengingatkan bos ayahnya bahawa sekarang adalah musim panas.


Dia kemudian menghantar permohonannya kepada Google dan apabila suratnya dibalas dia telah menerima sesuatu yang lebih hebat daripada syarikat itu. Pengurus reka bentuk kanan Google, Daniel Shiplacoff, bos ayahnya, memberitahunya bahawa ayahnya bukan sahaja dapat cuti pada hari Rabu bahkan dia juga boleh bercuti selama seminggu pada minggu pertama Julai.

Katie pastinya sangat gembira dengan apa yang diterimanya. Dia tidak perlu khuatir lagi kerana ayahnya akan ada bersama mereka sekeluarga pada hari ulang tahun lelaki itu!

Antara isi kandungan surat yang ditulis oleh Shiplacoff ialah:

“Terima kasih katie atas permintaan dan perhatian kamu. Ayah kamu telah bekerja keras untuk mereka bentuk pelbagai perkara yang menarik untuk Google dan jutaan orang di seluruh dunia. Jadi sempena hari lahirnya dia boleh bercuti pada hari Rabu, kami juga memberikan minggu pertama Julai sebagai waktu percutian untuknya.”


Sumber: Era Baru



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.