Header Ads

Dato Aliff Kecewa Lagu Duet Banyak Dislike Di Youtube, Netizen Salahkan Sajat


Loading...


Minggu lepas Dato’ Alif Syukri dan Nur Sajat baru sahaja melancarkan lagu duet mereka yang berjudul Abang Nak Tegur. Lirik video lagu tersebut telah dimuatnaik di Youtube dan telah mendapat lebih daripada 700,000 tontonan. Namun begitu, ada sedikit nada kecewa daripada Dato’ Alif mengenai video tersebut. Tapi kenapa?

Rupa-rupanya video tersebut lebih banyak mendapat tanda tidak suka (dislike) berbanding tanda suka (like) daripada orang ramai sejak dimuat naik di Youtube. Rasa kecewa itu dikongsikan oleh Dato’ Alif menerusi akaun Instagram miliknya. Alif juga bertanyakan kepada pengikutnya mengapa video tersebut tidak disukai pendengar.


Banyak ‘dislike’ daripada ‘like’


Memang patut pun Dato’ Alif berasa kecewa kerana lebih 60,000 penonton menekan butang ‘dislike’ berbanding hanya 7,000 yang menekan butang like selepas menonton video tersebut. Lagu ciptaan Edry KRU ini turut mendapat lebih 9000 komen.

Komen negatif netizen


Di ruangan komen entri Dato Alif, rata-rata pengikutnya tidak menyukai lagu tersebut disebabkan gandingannya bersama Nur Sajat. Malah, pengikutnya juga berkata lagu tersebut lebih baik jika Dato’ Alif yang menyanyikannya sendiri tanpa berduet dengan Sajat.

Meskipun menerima kritikan pendengar, lagu tersebut masih mendapat pujian pengikutnya dan mengatakan gandingan Alif dan Sajat telah membuatkan lagu tersebut unik. Lagu tersebut dibuat hanyalah untuk suka-suka dan bukan untuk menjadi penyanyi profesional.

Diharap pendengar diluar sana dapat memberi ruang kepada Alif dan Sajat untuk berkarya dengan cara mereka sendiri. Diharap Dato’ Alif tidak patah semangat dan teruskan berkarya kerana kami tidak sabar untuk menantikan musik video lagu Abang Nak Tegur ni yang dikatakan bakal membuat pengambaran di luar negara.

Sumber: OHBULAN



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.