Header Ads

Setelah Aku Kematian Suami, Bapa Mentua Gelap Mata Bolot Duit Insurans Dan KWSP


Loading...

Bapa mertua saya berubah jadi agresif. Urusan pampasan insurans kemalangan dia yang uruskan. Permohonan sijil faraid di mahkamah syariah pun dia yg uruskan itupun sebab syarikat insurans yg arahkan, kalau nak keluarkan pampasan insurans kena kemukakan sijil faraid dahulu. Itu yang dia cepat-cepat uruskan. Sekarang ni pampasan insurans dah dibahagi-bahagikan secara faraid. Besar juga jumlah yang bapa mertua saya dapat.

Saya faham bapa mertua ada bahagian faraid 1/6 ke atas harta arwah. Kalau dia tak minta pun saya sendiri akan bagi sebab itu mmg hak dia. Lagipun arwah suami memang tak ada buat apa2 wasiat atau perancangan harta. Tapi yg saya tak sangka, setiap hari dia akan call saya, bukan nak bertanya khabar tapi nak tanya apa lagi harta yg arwah ada tinggalkan. Saya bagitahu suami ada KWSP tapi dah letak penama. Nama saya dan 3 orang anak2. Dia nak tuntut supaya duit KWSP tu dibahagi secara faraid.

Bapa mertua saya kata, arwah anak dia. Dia yg besarkan arwah berpuluh tahun. Sedangkan saya hanya isteri yang baru je hidup dengan arwah tak sampai berapa tahun. Sebab tu dia berhak ke atas harta arwah. Bila dengar bapa mertua kata macamtu, saya rasa macam ada batu besar sedang menghempap kepala saya. Saya sedih tak terkata. Sudahlah baru kematian suami. Bapa mertua pula kata macam tu..


Saya baru kematian suami 4 bulan yg lalu akibat kemalangan motorsikal. Saya suri rumah dan tidak bekerja. Ada anak lelaki 3 orang. Mujur suami ada tinggalkan rumah, kereta dan sedikit simpanan. Tapi saya tak tahu sampai bila boleh duduk rumah tu. Sebab rumah dan kereta arwah suami pun dah jadi harta pusaka. Bapa mertua nak tuntut KWSP. Masalahnya KWSP hanya keluarkan bahagian saya sebagai penama. 3 lagi penama atas nama anak2 yg di bawah umur dan tak boleh dikeluarkan sehingga mereka berumur 18 tahun.

Bapa mertua tau jumlahnya banyak. Dia suruh saya bahagi-bahagikan kepada adik-beradik arwah suami seorang sedikit katanya untuk merasa duit arwah walaupun mereka tak ada bahagian faraid. Sedangkan yg banyak tu dalam akaun untuk bahagian anak-anak yatim. Yg ada di tangan saya berapalah sangat untuk saya teruskan hidup saya dan menyara keperluan anak-anak. Bapa mertua dan adik-beradik arwah suami tak pernah tanya sama ada keperluan saya dan anak2 cukup atau tidak. Sedangkan anak2 arwah adalah tanggungjawab mereka sekarang.

Sekarang saya sedang usahakan untuk bayar pampasan bahagian rumah kepada bapa mertua jika tak nak rumah tu dijual. Kalau tak dia pun ada bahagian 1/6 ke atas rumah tu. Kereta pun dah ada ura-ura dia nak ambil. Tak apalah..saya pujuk hati bahawa harta dunia boleh dicari lagi. Saya cuba untuk jaga hubungan kekeluargaan dgn keluarga mertua. Takkan kerana harta kami nak berpatah arang. Yg penting sekarang saya kena cari kerja untuk membesarkan anak2 dan mulakan hidup yang baru.

Jauh di sudut hati memang ada rasa terkilan. Mungkin kisah saya boleh dijadikan pengajaran untuk diri saya dan juga orang lain. Betapa kerana harta manusia boleh berubah sekelip mata. Kerana itu pentingnya kita ada perancangan harta semasa hidup supaya tak menjadi malapetaka selepas kematian kita nanti. Semoga masih ada sinar untuk saya di hujung jalan.

Sumber : Aimi Nadirah Rasidi Via http://www.ohmymedia.cc/



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.