Header Ads

Semakan Keputusan BR1M 2018 Status Kelulusan Permohonan Atau Status Kemaskini


Loading...

Pemohon baru dan penerima sedia ada boleh membuat semakan status Kelulusan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018 secara dalam talian (online) bagi mengetahui sama ada Permohonan atau Kemaskini yang dibuat sebelum ini telah diluluskan atau berjaya

Bagaimanapun, keputusan Status Kelulusan Permohonan mahupun Pengemaskinian tersebut akan mengambil masa kerana maklumat pemohon akan melalui beberapa prosedur semakan dan verifikasi kelayakan dari agensi-agensi terlibat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS KELULUSAN PERMOHONAN ATAU STATUS KEMASKINI BR1M 2018

Semakan status kelulusan permohonan BR1M 2018 (Lulus atau Gagal) boleh disemak bermula dari 19 Februari 2018 (Isnin), jam 1200 tengahari

Pemohon boleh membuat semakan tersebut secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut

Cara semakan status kelulusan adalah mudah. Pemohon atau penerima hanya perlu log masuk laman aplikasi MyBR1M. Panduan disertakan di bawah

LAYARI LAMAN SISTEM APLIKASI MYBR1M



i. Sila masukkan atau lengkapkan No. Mykad / Kad Pengenalan anda di ruang yang tersedia
ii. Kemudian, klik pada butang Log Masuk

Sebelum dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem aplikasi MyBR1M bagi membuat semakan, anda wajib menjawab soalan keselamatan contohnya seperti pada lampiran di atas

SOALAN KESELAMATAN

Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan mengakses sepenuhnya sistem aplikasi MyBR1M

Soalan keselamatan dan jawapan kepada soalan tersebut adalah berdasarkan maklumat terkini yang diisi oleh pemohon semasa membuat permohonan baharu ataupun kemaskini

Point HuraianSila pilih dua soalan keselamatan yang betul-betul anda ingat jawapannya bagi mengelakkan sebarang masalah seperti kegagalan mengakses sistem MyBR1M untuk membuat semakan status permohonan BR1M

Jika jawapan kepada soalan keselamatan yang pertama anda Hantar itu betul, soalan keselamatan kedua akan menyusul. Sila lakukan perkara yang sama iaitu jawab dengan betul dan klik pada butang Hantar

Sekiranya anda tidak yakin dengan jawapan bagi soalan keselamatan itu, sila klik butang Tukar Soalan dan buat pilihan soalan lain

Jika jawapan yang diberikan salah, pemohon hanya boleh mencuba sebanyak 3 jenis soalan untuk menjawab soalan keselamatan

Jika jawapan yang diberikan itu masih salah, peringatan seperti berikut akan dipaparkan


Setelah berjaya melepasi peringkat soalan keselamatan, pemohon akan dibawa ke halaman utama MyBR1M

Untuk membuat semakan keputusan permohonan BR1M 2018, sila klik pada menu bergambar Semakan Status. Maklumat dan butiran mengenai status permohonan BR1M 2018 akan dipaparkan

Sila rujuk contoh pada lampiran di bawah



Sumber: mysumber.com



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.