Header Ads

Biodata Tengku Mahkota Pahang


Loading...

PEKAN - Berikut adalah biodata rasmi Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dikeluarkan oleh Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Tengku Hassanal telah diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

PENDIDIKAN

2002 - 2005 : Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan, Pahang
2006 - 2009 : Caldiccott Preparatory School, London, United Kingdom
2009 - 2014 : Sherbone School, London, United Kingdom
2015 - 2018 : University Institute- Geneva School Of Diplomacy and International Relations
                       Bachelor of Arts In International Relations 
27 September 2018 : Initial Cadet Familiarisation Training Programme, Kem Batu 10, Pekan 
1 Jan 2019 - 14 Dis 2019 : Commisioning Course,  Royal Military Academy Sandhurst

KETENTERAAN

31 Oktober 2018 - Pegawai kadet Angkatan Tentera Malaysia


PELANTIKAN SEBAGAI TENGKU PANGLIMA BESAR PAHANG

Pada 18 Jun 2018 telah dilantik menjadi Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Pahang di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

SUKAN

Tengku Hassanal amat meminati bidang sukan. Pada 25 Jun 2016, Tengku Hassanal telah mengikuti acara perlawanan amal yang dinamakan The Jerudong Park Polo Trophy bersama HRH Prince William Duke of Cambridge dan HRH Prince Harry di Cirencester Park Polo, England. Turut berangkat sama menyaksikan perlawanan adalah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain meminati sukan berkuda polo, Tengku Hassanal juga meminati sukan lain seperti ragbi, bola sepak, golf, menembak, dan sukan rakyat.

PADUKA KEKANDA DAN ADINDA

 Yang Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdullah 

Yang Mulia Tengku Puteri Iman Afzan binti Sultan Abdullah

Yang Mulia Puteri Ilisha Ameera binti Sultan Abdullah

Yang Mulia Tengku Puteri Ilyana binti Sultan Abdullah

Yang Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah Ibni Sultan Abdullah

Yang Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Sultan Abdullah

Yang Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Sultan Abdullah

Yang Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah binti Sultan Abdullah 

JAWATAN DISANDANG (TERKINI)

1. Persatuan Muay Thai Pahang (Penaung Diraja) - Bernama



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.