Header Ads

Contoh Surat Kiriman Rasmi Beserta Format Dan Template Mudah


Loading...

Contoh Surat Kiriman Rasmi. Bagaimana cara membuat surat rasmi? Berikut dikongsikan contoh surat kiriman rasmi beserta format buat panduan mereka yang memerlukannya termasuk ibu bapa dan pelajar. Surat kiriman rasmi merupakan satu jenis surat yang digunakan untuk menyatakan urusan rasmi seperti tidak hadir ke sekolah  , urusan permohonan , menyatakan ketidak hadiran dan macam-macam lagi. Di sini, kami akan kongsikan bagaimana cara untuk menulis surat kiriman rasmi berserta contohnya.

Format Penulisan Surat Kiriman Rasmi

Surat kiriman rasmi ditulis dengan format seperti berikut;


  1. Alamat anda sebagai pengirim
  2. Alamat penrima
  3. kata sapaan (tuan,puan)
  4. Perkara/ Subjek
  5. Isi
  6. kata penutup
  7. Nama dan tanda tangan


Kesemua ini haruslah ditulis di sebelah kanan.

Selain surat berbentuk aduan, surat rasmi juga digunakan untuk permohonan, ucapan tahniah, pemberitahuan dan banyak lagi bergantung kepada jenis urusan.


Di bawah adalah gambar format untuk anda memahaminya dengan mudah:


Teknik Penulisan Surat Kiriman Rasmi

Untuk menulis surat rasmi, anda perlu mengikut teknik penulisan yang betuk seperti berikut:

  1. Elakkan kesalahan ejaan
  2. Menggunakan ejaan dan tanda baca dengan betul : huruf besar, huruf kecil, koma, noktah dan sebagainya
  3. Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan padat
  4. Elakkan bahasa kiasan dan unkapan peribahasa.


Contoh Surat Kiriman Rasmi

Berikut dikongsikan contoh surat kiriman rasmi buat panduan mereka yang ingin membuat satu karangan surat rasmi untuk tujuan tertentu.

Surat rasmi jenis aduan.

==============================

Ahmad Bin Abdullah,

Lorong 1, Taman Waja,

45300, Sabak Bernam,

Selangor

____________________________________________________________

Jabatan Kerja Raya Sabak Bernam

45300, Sabak Bernam,

Selangor.                                                                                    19 April 2019

Tuan,

Aduan Jalan Rosak di hadapan Rumah

Merujuk kepada perkara di atas, terdapat jalan rosak yang berlubang di hadapan rumah saya sebagai pengadu. Jalan rosak dan berlubang ini menyebabkan kesukaran kepada pengguna jalan raya untuk melalui jalan tersebut.

02.   Kerosakan ini berlaku pada minggu lepas, sehingga menyebabkan beberapa kemalangan kecil berlaku di tempat tersebut.

03. Saya berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang segera bagi membaiki jalan raya berlubang ini demi kesejahteraan masyarakat di sini.

Sekian, terima kasih.

Ahmad

___________

(Mohammad Amin Bin Abdullah)

=======================================

Anda boleh menggunakan contoh dan tempate di atas ini untuk menulis surat kiriman rasmi anda sendiri. Semoga perkongsian Contoh dan format Surat Kiriman Rasmi ini boleh dijadikan panduan buat anda dalam membuat surat bertulis untuk tujuan rasmi. Gunakan teknik yang dikongsikan agar surat rasmi anda dapat menarik perhatian penerima surat.



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.