Header Ads

Bekas Pemain Pahang, R. Gopinathan Lafaz Kalimah Syahadah, Sah Peluk Islam..


Loading...

Satu rakaman video memaparkan R. Gopinathan mengucapkan lafaz kalimah syahadah telah tular di media sosial.

Bekas pemain pasukan Pahang, Selangor serta JDT itu dipercayai telah sah memeluk Islam menerusi video yang tular itu.

Menurut sumber, beliau juga akan menggunakan nama baharu islam iaitu Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra. 

Gopi dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya yang berketurunan melayu islam dalam masa terdekat.


Dalam video yang berdurasi 45 saat itu memaparkan R. Gopinathan sedang mengucapkan lafaz kalimah syahadah bersama dengan seorang lelaki di pejabat Majlis Agama Islam Pahang.


Musim ini, Gopi beraksi dengan pasukan PDRM FA dalam saingan Liga Premier. Pada tahun 2016, Gopi menyertai skuad The Red Giants setelah 6 tahun menyarung jersi Pahang. 

Beliau kemudian menerima tawaran untuk beraksi dengan skuad skuad Harimau Selatan pada tahun 2017.

Bagaimanapun, pemain sayap prolifik itu kerap memanaskan bangku simpanan ketika bersama JDT dan hanya tampil beraksi penuh 90 minit ketika perlawanan Piala AFC menentang kelab Myanmar, Magwe FC yang menyaksikan Gopi menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 1-1.

Namun, belum dapat dipastikan kemanakah hala tuju beliau pada musim depan. Gopi turut memohon peminat supaya mendoakan dia kekal sebagai seorang Islam sehingga akhir hayat.


Sumber: vocketfc.com, siakapkeli.my



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.