Header Ads

Harga Petrol RON95 Akan Diapungkan Semula


Loading...

PUTRAJAYA - Kerajaan akan mengapungkan semula harga runcit petrol RON95 bermula awal tahun hadapan selepas pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) pada 1 Januari 2020.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, harga bahan api itu akan dikekalkan pada kadar RM2.08 sehingga 31 Disember ini.

Jelasnya, bermula tahun depan, harga petrol RON95 akan diapungkan secara berperingkat sehingga setara dengan harga pasaran.

“Bagi penduduk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, mereka kekal menikmati harga RM2.08 kerana dikecualikan PSP.


"Kerajaan mengambil kira keperluan penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan yang kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin besar dan diesel. Oleh itu, rakyat di sana dikecualikan daripada PSP dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95," katanya pada sidang akhbar khas PSP di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kebimbangan rakyat terhadap peningkatan harga petron RON95, Saifuddin menegaskan, kementerian akan terus menjalankan pemantauan bagi mengelakkan sebarang kenaikan harga bahan api itu.

"Kita mempunyai seramai 3,000 kakitangan dan 2,300 pegawai pemantau harga di seluruh negara yang akan meneruskan kerja hakiki kementerian.

"Sekiranya terdapat kenaikan harga tidak munasabah, orang awam boleh melaporkan aduan melalui 1800-886-800, aplikasi telefon pintar EzADU, atau WhatsApp 019-2794317," katanya.

Sumber: Kosmo Online



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.