Header Ads

Lebih 20 Jemaah Maut, Masjid Di Bom Ketika Tunaikan Solat Jumaat


Loading...

KABUL - Sekurang-kurangnya 17 orang jemaah terbunuh dalam satu letupan ketika sedang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di Afghanistan hari ini.

Menurut jurucakap polis, insiden berlaku di daerah Haska Mina di wilayah timur Nangarhar dan turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 orang cedera.

Pegawai lain merekodkan jumlah kematian lebih tinggi dengan jurucakap gabenor wilayah, Attaullah Khogyani memberitahu sekitar 20 orang maut.


Doktor di hospital di Haska Mina bagaimanapun berkata, pihaknya menerima kira-kira 32 mayat dan 50 orang yang mengalami kecederaan.

Setakat ini tiada pihak tampil mengaku mendalangi serangan terbabit.

Difahamkan, kumpulan militan Taliban dan Daesh aktif di wilayah itu.

Serangan berlaku sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan laporan baharu semalam yang menyifatkan angka orang awam terbunuh atau cedera di negara itu sebagai tidak pernah berlaku antara Julai dan September tahun ini. - AFP



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.