Header Ads

Menurut Kajian, Lelaki Botak Lebih Seksi, Maskulin Dan Setia


Loading...

Lelaki yang kacak dan maskulin tentu sahaja menjadi idaman kebanyakan wanita. Dengan badan tegap dan suara yang dalam, seorang lelaki mampu mencairkan hati wanita. Ditambah pula dengan gaya rambut yang stailo, wanita mana yang mampu menolak? Namun bagaimana pula dengan lelaki botak?

Mungkin ada rambut tapi tidak terurus atau hanya botak di atas. Bagi menghindari ia kelihatan menjengkelkan, lelaki lebih memilih untuk botak. Atau mungkin dia memang diwajibkan botak kerana tuntutan pekerjaan seperti dalam bidang ketenteraan.

Dulu, lelaki botak dianggap memalukan. Tapi sejak muncul selebriti-selebriti tampan seperti Vin Diesel dan Dwayne ‘The Rock’ Johnson, lelaki botak mulai dianggap menarik serta menjadi pilihan ideal buat wanita. malah kini kebanyakan lelaki senang dengan stail botak. Nampak lebih macho.

Untuk memastikan mengenai imej ini, para peneliti dari University of Pennsylvania melakukan tiga kajian dan meminta pendapat ramai baik lelaki dan wanita untuk menyatakan pendapat mereka.

Dari kajian pertama, lelaki botak dinilai lebih dominan jika dibandingkan dengan lelaki yang memiliki rambut. Dalam kaji selidik  kedua yang melibatkan 344 peserta dengan lebih daripada setengahnya ialah wanita, menunjukkan bahawa lelaki yang tidak memiliki rambut dianggap lebih dominan. Dalam kajian terakhir, peneliti melakukan kaji selidik terhadap 552 peserta, yang di mana hasilnya hampir seluruh peserta mengatakan lelaki botak kelihatan lebih maskulin.


Penelitian yang dilakukan oleh Business Insider pada tahun 2012 pula mengatakan bahawa lelaki botak lebih berjaya dan dominan dibandingkan dengan lelaki yang memiliki rambut. Malah menurut penelitian itu, perempuan cenderung melihat lelaki botak sebagai lelaki yang memiliki tubuh lebih kuat, besar dan berkuasa.

Nak tahu betul ke tak mereka seksi? Jom kita semak.

1. Lelaki botak kelihatan lebih maskulin

Bagi wanita yang menggilai lelaki botak, daya tariknya ada pada bentuk kepala. Kepala yang botak ataupun hampir tidak berambut mampu memberikan kesan lebih maskulin pada seorang lelaki.

2. Daya tarikannya tidak diketahui orang

Wanita terbahagi kepada dua, ada yang menyukai lelaki botak dan ada pula yang tidak. Bagi mereka yang menyukai lelaki botak, hal ini tentu menjadi keuntungan buat mereka kerana tidak semua yang menyukai lelaki sebegini. Keseksian kekasih mereka juga tidak kegilaan ramai.

3. Jimat sebab tak perlu syampu

Memang ada beberapa daripada lelaki botak yang masih menggunakan syampu namun sebahagian besar daripada mereka tidak memerlukannya sebagai keperluan peribadi.

4. Lebih ringkas

Mereka kelihatan lebih santai ketika perlu menghadiri acara-acara rasmi yang memerlukan dandanan rapi. Dengan kepala botaknya, pasangan anda akan selalu nampak tampan tanpa perlu sikat dan gel rambut.

5. Tampil lebih percaya diri

Ini dia alasan yang paling utama mengapa lelaki botak tampil jauh lebih menarik di mata kebanyakan wanita. Botak adalah salah satu mimpi buruk buat lelaki dan mereka yang memilih untuk botak sebagai imej diri bererti dia lelaki yang yakin akan daya tarikan dirinya sendiri. Itulah dia alasan mengapa lelaki botak lebih menawan dan seksi.

Sumber: pesonapengantin.my



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.