Header Ads

Ribuan Jutawan Muslim Jika Kempen BMF Berjaya


Loading...

“Bukan hanya seorang jutawan, tetapi ribuan akan menjadi jutawan muslim jika Kempen Beli Produk Muslim berjaya dan menjadi amalan. Yang penting bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam,” kata Pengerusi UMMAH Johor, Dr Mohd Mazri Yahya.

Untuk memastikan impian itu tercapai, beliau berkata, sokongan daripada seluruh masyarakat perlu diperkuat dan dilakukan secara istiqamah bagi menampakkan hasil.

“Konsep membeli barang muslim telah lama kita amalkan. Mungkin dari dulu kita dah buat sedikit tetapi secara peribadi. Tapi kini dengan adanya kempen, ia menjadi makin rancak dan terus tular. 

“Sekiranya secara berterusan, insya-Allah kita sebenarnya membantu Bumiputera untuk lebih berjaya pada masa akan datang,” katanya pada Majlis Perasmian Kempen Beli Produk Muslim negeri Johor yang diadakan di Restoran Jaws Crown, Kempas, Johor Bahru, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, kempen ini digerakkan kerana pelaksanaan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) yang pada dasarnya bertujuan memperbetulkan kembali ketidakseimbangan sosioékonomi yang wujud antara kaum di negara ini, tidak begitu berhasil.


“DEB cuba bina ekonomi Bumiputera, tetapi malangnya DEB tidak sepenuhnya gagal dan tidak sepenuhnya berjaya. Usahawan yang terbentuk, berada di pertengahan tetapi tidak sampai ke bawah. 

“Dengan adanya BMF, satu gerakan dari bawah ke atas, kita sendiri akan bina bentuk masyarakat usahawan Melayu Islam yang berjaya,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mazri berkata, bagi menjayakan kempen ini, terdapat beberapa syarat yang perlu dilaksanakan supaya program ini kekal di setiap sanubari masyarakat. 

“Yang pertama, pengguna perlu istiqamah membeli produk muslim. Peniaga pula perlu menjaga kualiti produk, perlu sentiasa memperbaharui produk supaya setaraf dengan barang bukan Islam. Pada masa sama, kita perlu menolak amalan riba dalam perniagaan, sementara konsep sedekah, zakat perlu diperkasakan. 

“Sekiranya ini dilakukan, pengguna tidak akan rasa kecil hati dan yang kaya akan menggunakan keuntungan dengan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan. 

“Jika kita dapat laksanakan perkara ini, insyaAllah ekonomi Islam akan berkembang di bumi kita sendiri,” katanya.

Sumber: Ismaweb



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.