Header Ads

Sadis, 2 Remaja Didakwa Rompak Kubur, Setubuhi Mayat Nenek Berusia 84 Tahun


Loading...

2 remaja di Filipina telah ditahan selepas didakwa merompak kubur seorang warga emas yang berusia 84 tahun serta bersetubuh dengan mayatnya.

Remaja tersebut ditahan selepas keluarga mangsa mendapati keranda milik wanita itu terbuka semasa mereka menziarahi kuburnya di Davao, Filipina.

Menurut laporan media tempatan, keluarga mangsa mendapati bahawa kubur tersebut telah diusik dan kedua-dua belah kaki mangsa dapat dilihat terjulur keluar daripada kerandanya.

Keluarga mangsa percaya bahawa mayat wanita itu telah dirogol kerana semasa menemuinya, mayat wanita tersebut ditemui tanpa pakaian dalam dan ada tanda-tanda diperkosa.


Mayat wanita tersebut dikebumikan di Tanah Perkuburan Awam Bandar Digos pada 29 September.

Pihak polis Bandar Digos yang menyiasat kes itu telah berjaya menahan kedua-dua remaja tersebut.

Leftenan Kolonel Ernesto Castillo menyatakan bahawa kedua-dua remaja tersebut mungkin menyangkakan bahawa mayat wanita itu telah ditanam bersama dengan barang berharganya.

“Penangkapan itu dibuat selepas saksi-saksi tampil pada kami bagi membantu siasatan,” katanya.

Polis masih lagi menyiasat bagi mengenal pasti barangan yang didakwa dicuri dari kubur tersebut serta bagaimana mayat mangsa tersebut diusik.

Walau bagaimanapun, kedua-dua remaja di bawah umur itu menafikan dakwaan yang dibuat ke atas mereka dan kini telah dibawa ke pusat tahanan Jabatan Pembangunan Kebajikan Masyarakat.

Ahli keluarga mangsa menyatakan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas ibu bapa remaja tersebut.

Sumber: The Sun via Siakapkeli.my



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.