Header Ads

Tular Rakaman Video Udang Kering Dipijak & Dijilat Anjing


Loading...

SABAK BERNAM - Satu rakaman video memaparkan seekor anjing memijak udang kering yang dijemur tular dipercayai di Sabak Bernam.

Lebih menjijikkan apabila haiwan itu turut menjilat dan makan udang kering tanpa sebarang pengawasan.

Video berdurasi 22 saat itu dimuat naik pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Labib Abd Jalil' yang memaparkan seekor anjing memijak dan memakan udang kering yang dirakam seorang pemandu kereta ketika melalui kawasan terbabit.


Labib dalam hantarannya memberitahu, umat Islam perlu lebih berhati-hati membeli udang dan ikan kering yang dijemur.

"Beringatlah beli produk hasil daripada orang (umat) Islam, Insya-ALLAH selamat," katanya.

Status itu mendapat pelbagai tanda reaksi dan komen daripada pengendali Facebook.

Malah, sehingga jam 2 petang ini, 997 menonton video terbabit dengan mendapat 51 perkongsian.



Sumber: Sinar Harian, Kosmo Online



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.