Header Ads

Anda Dibayar Lebih RM83 Ribu Kalau Berani Tahan Masuk Rumah Hantu Ini..


Loading...

Sebuah rumah hantu di US telah memberi peluang untuk orang ramai merasai pengalaman yang cukup mendebarkan.

Mana tidaknya, rumah hantu Mckamey Manor itu memerlukan seseorang untuk bertahan selama 10 jam sehingga penghujung dan akan menang wang tunai USD 20,000 atau bersamaan lebih RM83 ribu.

Sepanjang 10 jam ini, pengunjung akan ditutup mata, dibaling dengan darah palsu, disedut kedalam tanah, ditarik dan ditolak serta dikunci dalam peti.

Salah satu syarat dalam rumah hantu ini juga pengunjung tidak dibenarkan untuk mencarut, serta tidak boleh memegang hantu yang berada dalamnya.


Tambah lagi, pengunjung akan diberi kata keselamatan yang akan diucapkan apabila mereka ingin menamatkan permainan.



Rumah hantu itu terbuka kepada mereka yang berusia 21 tahun dan keatas manakala remaja 18-20 tahun perlu bersama penjaga masing-masing.



Sehingga kini belum ada seorang pun yang berjaya mengharungi cabaran itu sehingga ke penghujungnya. Rumah hantu ini telah menghantui penduduk US sejak dari tahun 2010 lagi.


Sumber: Era.je



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.