Header Ads

Menurut Kajian, Lelaki Lebih Suka Wanita Berisi Dari Wanita Kurus


Loading...

Ramai wanita mahu badan yang kelihatan sempurna, tinggi, putih dan kurus lamping. Paradigma "cantik" ini tertanam dari perkataan yang indah seperti itu.

Oleh itu, ramai wanita yang bertubuh gemuk bermatian mahu kuruskan badan agar nampak seperti seorang model. Siapa yang tidak mahu badan seperti Paris Hilton atau selebriti Korea? Badan langsing adalah impian ramai wanita.

Bermula dari ingin membuat wanita lain rasa cemburu, mahu semua pakaian di gayakan di tubuhnya, menarik perhatian ramai lelaki. Ada beberapa wanita berpendapat, memiliki tubuh yang kurus seperti magnet untuk menarik perhatian lelaki. Adakah benar?

Ehem! Berita baik untuk wanita chubby, satu kajian menunjukkan bahawa lelaki lebih suka wanita dengan berat badan biasa atau sedikit berisi daripada wanita yang kurus.


Penyelidikan ini dijalankan oleh Universiti St Andrews Scotland yang menjemput sekumpulan pelajar untuk penyelidikan mereka. Sejumlah 84 pelajar wanita ditanya mengenai kesihatan mereka, tekanan darah diukur, dan kemudian gambar.

Kemudian sekumpulan lelaki berusia 18-26 tahun mengambil bahagian untuk menilai. Daripada pilihan yang diambil oleh pelajar, mereka lebih suka wanita dengan berat badan normal atau sedikit berisi daripada wanita yang kurus.

Hasilnya mendedahkan bahawa berat badan normal atau sedikit berisi seorang wanita menjadi tanda bahawa dia sihat dan lebih menarik untuk lelaki. Walaupun ramai wanita yang menganggap dirinya lebih kurus, akan kelihatan cantik dan menarik di mata lelaki. Perkara yang agak bercanggah.

Terakhir, adakah anda masih mahu kurus seperi Paris Hilton ataupun bintang Korea Selatan? Pilihan anda adalah hak anda selagi anda selesa dan sentiasa sihat tubuh badna dan bukannya kerana seorang lelaki.

Sumber: Geniusbeauty via Aliff Channel



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.