Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Pengasuh Lalai, Kanak-Kanak ‘Terlepas’ Kesejukan Berjalan Dalam Hujan Bawa Botol Susu



Ini bukan kali pertama kes yang melibatkan pengasuh dan anak jagaan. Ada melibatkan kes penderaan kanak-kanak di pusat jagaan tersebut. 

Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan dikhabar terlepas dari rumah pengasuh dalam keadaan hujan. Lebih menyedihkan lagi, kanak-kanak itu kesejukan sambil menyebut nama ibu berkali-kali.


Video yang dimuatnaik Harith Rahim berdurasi 21 saat itu menyaksikan dia menemui seorang kanak-kanak perempuan dipercayai terlepas dari rumah pengasuh. Kanak-kanak perempuan itu berjalan di dalam keadaan hujan sambil memegang botol susu dalam keadaan menggigil kesejukan.


Amanah orang boleh pula kau leka


Sementara itu, pengguna Facebook ini turut berpesan kepada pengasuh dan ibu bapa supaya lebih berhati-hati tentang penjagaan anak. Kanak-kanak perempuan itu juga dijumpai dalam keadaan sejuk sambil menyebut nama ibu. 

Menurut maklumat dari pengguna Facebook ini lagi, kediaman rumah keluarga kanak-kanak ini tidak jauh dari lokasi yang ditemui.

Rupanya anak pengasuh


Sumber: Harith Rahim via Ohbulan.com

Catat Komen

0 Ulasan