Header Ads

Ramai Tak Tahu Madam Louisa Chong Peluk Islam, Air Mata Mengalir Kali Pertama Jejak Tanah Suci


Loading...

Perasaan seseorang mesti teruja apabila pertama kali menjejaki rumah Allah di Tanah Suci, Mekah. Rasa syukur dan bertuah tidak dapat diucapkan kerana hanya orang terplih sahaja dapat mengerjakan umrah dan haji di sana.

Kita semua pasti ingin dijemput menjadi tetamu Allah di Mekah demi melaksanakan Rukun Islam Kelima. Tanah suci terlalu istimewa buat umat Islam terutamanya bagi golongan muallaf yang pertama kali menjejak kaki ke sana.

Seorang lelaki yang sememangnya sangat terkenal dengan pakej ummrah dan haji, gemar berkongsi tentang kisah jemaah-jemaah semasa berada di Tanah Suci, Mekah.

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon veteran Louisa Chong yang sangat terkenal dalam lakonan komedi. Disebalik ketawa riang pelakon ini, terselit kisah duka yang menjadi kekuatan untuknya meneruskan kehidupan harian.

Menurut wanita ini dalam keadaan sebak menceritakan keadaan suaminya yang mengalami tiga strok sekaligus. Dan keadaannya sangat berisiko sehinggakan suaminya koma.


Beliau juga berkata, tidak pernah minta untuk dikesiankan serta minta bantuan tetapi beliau tegaskan apa yang berlaku ini menjadi pengajaran pada dirinya. Bukan itu sahaja, beliau juga menyeru orang ramai untuk belajar sesuatu daripada penceritaannya.

“Saya redha kalau Allah nak ambik dia…”

Menurut Louisa, beliau bersyukur kerana diberi peluang bersama-sama suaminya menunaikan umrah walaupun pelbagai dugaan yang menimpa keluarganya.


“Sebagai selebriti, kalau kita cerita masalah kita, orang akan kata minta kesian… tetapi saya tidak pernah berputus asa dengan apa yang berlaku kepada suami.”


Semoga penceritaan pelakon Louis Chong dapat memberi manffaat kepada ramai orang di luar sana. Serta tidak ketinggalan pemilik video ini juga memohon kepada Muallaf dan warga emas yang memang nak ke Tanah Haram tapi betul-betul tidak mempunyai kemampuan sila hubungi Facebook JayIbrahimAlIslam.

Sumber: JayIbrahim Al Islam via Siakapkeli.my



Loading...

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.