Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Bantuan Khas RM600 Kepada Penjawat Awam Gred 56 & Ke Bawah, RM300 Kepada Pesara Kerajaan


Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan bantuan kewangan khas kepada penjawat awam, termasuk pesara polis, bomba dan petugas barisan hadapan.

Bantuan itu melibatkan, antara lain, bantuan kewangan one-off (sekali bayar) kepada penjawat awam gred tertentu, tambahan elaun dan sebagainya.

“Sebagai menghargai jasa dan bakti anggota perkhimatan awam, sukacita kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan RM600 untuk kakitangan awam gred 56 dan ke bawah.

“Bagi pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen, bantuan khas kewangan RM300 akan diberikan.

“Kedua-dua bantuan ini akan dibayar pada awal 2021,” katanya dalam ucapannya.

Sumber: Malaysiakini


Catat Komen

0 Ulasan