Header Ads Widget

Responsive Advertisement

Pramugari Cantik Angkat Sawit, Ramai Yang Cair Hati, Sanggup Beri Mas Kahwin RM50000


KUDRAT seorang wanita lazimnya terbatas. Jarang-jarang kita dengar wanita yang bekerja di ladang dan mengangkat sawit dengan tenaga sendiri.

Selalunya, jika pekerja wanita yang mengambil upah, mereka lebih terhad kepada kerja-kerja membuang pelepah daun sawit atau mengutip biji sawit yang bertaburan.

Pun begitu, lain pula kisah seorang pramugari cantik yang berasal dari Keningau, Sabah ini.

Dengar cerita, ramai jejaka ‘cair’ melihatnya dan sempat mengusik dengan mengatakan mereka sanggup membayar mas kahwin sehingga RM50,000!

Dengan tubuh tinggi lampai dan langsing itu, gadis yang dikenali dengan nama Rachel itu membuktikan kudrat wanita cukup luar biasa.

Bukan calang-calang tenaga sumandak Sabah itu. Beliau dilihat mampu mengangkat buah sawit yang berat ketika membantu bapanya di ladang sawit milik keluarga.

Dalam video pendek yang dikongsikan dalam akaun TikTok dengan kapsyen ‘Dad’s Plam oil plantation. Pekerja dady balik kampung. So kami ganti buat kerja dia orang sementara‘ mendapat lebih 18,000 tanda suka.

Tidak hanya sibuk membantu di ladang sawit, si cantik itu juga rajin menolong di bendang melalui perkongsian video yang dimuat naik baru-baru ini.

Rata-rata komen netizan memang menghiburkan. Masakan tidak, ramai-ramai yang teruja khususnya kaum lelaki yang dikatakan sanggup berbelanja besar untuk menjadikan wanita itu sebagai suri hati.

KOMEN NETIZEN

Antara komen yang lucu, syarat untuk masuk meminang, lelaki itu mestilah kuat dan mampu mengangkat buah sawit tanpa gagal.

Tidak perlu berpakaian seksi pun untuk buat lelaki cair.

Tidak kurang juga yang memuji kerajinan wanita cantik itu yang tidak malu untuk bekerja di ladang, mahupun bendang demi membantu keluarga dan dikatakan sumandak rata-ratanya rajin bekerja.

Ramai yang kata sumandak yang rajin dan humble ini limited edition sebab dikatakan jarang-jarang yang kuat bekerja seperti Rachel.

Video yang dikongsikan Rachel terus viral sehingga membuatkan rakannya tumpang gembira dan rata-rata netizan memberi komen memang ramai sumandak yang rajin bekerja sepertinya.






Kisah Rachel yang rajin bekerja dan menolong ibu bapa di kampung memang wajar dipuji dan dicontohi.

Apapun, ramai wanita di luar sana yang hebat-hebat, cekal hati dan gagah perkasa!

Sumber: SinarPlus


Catat Komen

0 Ulasan